Batu Hikmat : Sinopsis



Harry Potter dan Batu Hikmat adalah kisah tahun pertama Harry Potter dan rakan-rakan di Sekolah Ahli Sihir bernama Hogwarts. Lebih popular dengan Bahasa Inggeris iaitu "Harry Potter and Sorcerer's Stone" atau "Harry Potter and Philosopher's Stone". Pada waktu ini, Harry Potter masih berumur 11 tahun.



Harry Potter tinggal bersama keluarga Makciknya bernama Petunia Dursley di 4 Privet Drive in Little Whinging, Surrey. Makciknya, mempunyai seorang anak lelaki yang bernama
Dudley Dursley. Hubungan antara Harry Potter dan keluarga Makciknya tidaklah sebaik mana.Namun, hanya merekalah keluarga Harry Potter yang ada selepas kematian ibu bapanya, James Potter dan Lily Potter.

Pada suatu hari, surat untuk Harry Potter dari Sekolah Hogwarts sampai ke 4 Privet Drive in Little Whinging,Surrey. Harry Potter tidak sangka bahawa beliau akan menerima surat daripada sesiapa. Apatah lagi, Pakciknya (Suami Petunia) yang bernama Vernon Dursley. Tidak sempat Harry Potter membuka sendiri surat tersebut, Vernon Dursley sudah membukanya.

Harry Potter dan keluarga Makciknya terkejut apabila mendapati bahawa surat itu datangnya dari Sekolah ahli sihir Hogwarts. Surat itu adalah surat tawaran masuk ke sekolah ahli sihir tersebut. Tiba-tiba, makcik dan pakciknya marah dan tidak bersetuju sama sekali Harry Potter masuk ke sekolah tersebut.

Disebabkan surat itu tidak sampai ke tangan Harry Potter seperti yang sepatutnya, malah Harry Potter pun tidak tahu isi kandungan surat itu, setiap hari surat yang sama sampai ke rumah tersebut. Semakin hari, semakin banyak burung hantu menghantar surat tersebut. Tidak masuk dari mana pun surat itu termasuklah dari cerombong asap rumah.

Vernon Dursley hampir gila dengan keadaan itu di mana surat tidak pernah berhenti untuk mengganggu mereka. Oleh itu, Vernon Dursley mengambil keputusan untuk berpindah rumah agar tiada lagi surat yang sama mengganggu.

Mereka berpindah ke sebuah tempat yang terpencil dan sunyi.

Pada tarikh lahirnya, 31 July tepat 12 tengah malam, tiba-tiba pintu rumah mereka di buka oleh seseorang yang berbadan besar dan tinggi bernama Rubeus Hagrid. Harry Potter, Dudley, Petunia dan Vernon sangat terkejut kerana bunyi hempasan pintu itu sangat kuat. Rupa-rupanya, Hagrid datang untuk memberikan surat dari sekolah ahli sihir secara berdepan sekaligus memberikan kek hari lahir untuk Harry Potter. Selain itu, Hagrid datang untuk menjemput Harry Potter untuk mendaftar ke sekolah Hogwarts.

Hal ini membuatkan Vernon bertambah-tambah marah dan beliau tidak mungkin akan membiayai kos persekolah Harry Potter di sana. Hagrid menjelaskan kepada Harry Potter bahawa dia tidak perlu risau kerana ibu bapanya sudah meninggalkan wang yang banyak untuk Harry Potter sebelum kematian mereka di bank ahli sihir bernama Gringotts.

Di Diagon Alley, Harry Potter membeli barang sekolahnya seperti tongkat sakti,burung hantu,penyapu dan sebagainya. Kemudian, Harry Potter terus ke sekolah Hogwarts dengan menaiki kereta api.



Di dalam kereta api, Harry Potter berkenalan dengan Ron Weasley dan Hermione Gringer. Di sinilah bermulanya pengembaraan Harry Potter dan dua orang sahabat baiknya itu. Di Hogwarts, pelajar baru akan di bahagikan kepada empat buah rumah iaitu Gryffindor, Hufflepuff, Ravenclaw dan Slytherin.



Harry Potter adalah seorang kanak-kanak yang terkenal dalam dunia magik kerana dia adalah satu-satunya yang hidup selepas disumpah dengan mentera "Avada Kadavra". Ahli sihir jahat yang menyumpah Harry Potter itu adalah Voldermort. Voldermort adalah ketua sihir jahat paling ditakuti.Selepas Voldermort menyumpah Harry Potter dengan mentera "Avada Kadavra", beliau menghilangkan diri. Namun, terdapat ramalan bahawa Voldermort akan kembali.


Disebabkan hal ini, semua ahli sihir khuwatir termasuklah Harry Potter kerana tidak mustahil Harry Potter akan dicari olehnya.

Di Hogwarts, terdapat satu tempat rahsia dimana tempat itu menyembunyikan batu hikmat yang dipercayai boleh menghidupkan seseorang yang sudah mati. Untuk menyelamatkan batu tersebut, Harry Potter dan dua orang sahabatnya berusaha untuk menghalang Voldermort dari mendapat batu itu.

Kepada mereka yang sudah menonton atau membaca cerita penuh, sudah pasti tahu betapa mencabarnya Harry Potter dan sabahat-sabahatnya mengharungi segala halangan. Sehingga terdapat pelbagai salah faham berlaku terutamanya kepada Professor Snape.

Saya sendiri pun sudah menonton Harry Potter dan Batu Hikmat lebih dari 10 kali sejak umur saya 13 tahun. Mungkin sudah 20 kali? Mungkin. Tidak pernah merasa bosan. Seronok dan terasa seperti dalam dunia magik Harry Potter!

Sofinah Lamudin

Nama penuh Sofinah Lamudin. Senang dipanggil dengan nama ringkas "Sofie". Lahir pada tahun 1990 di Wilayah Persekutuan Labuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Instagram