Harry Potter dan Batu Hikmat adalah kisah tahun pertama Harry Potter dan rakan-rakan di Sekolah Ahli Sihir bernama Hogwarts. Lebih popular dengan Bahasa Inggeris iaitu "Harry Potter and Sorcerer's Stone" atau "Harry Potter and Philosopher's Stone". Pada waktu ini, Harry Potter masih berumur 11 tahun.
Harry Potter tinggal bersama keluarga Makciknya bernama Petunia Dursley di 4 Privet Drive in Little Whinging, Surrey. Makciknya, mempunyai seorang anak lelaki yang bernama
Dudley Dursley. Hubungan antara Harry Potter dan keluarga Makciknya tidaklah sebaik mana.Namun, hanya merekalah keluarga Harry Potter yang ada selepas kematian ibu bapanya, James Potter dan Lily Potter.
Pada suatu hari, surat untuk Harry Potter dari Sekolah Hogwarts sampai ke 4 Privet Drive in Little Whinging,Surrey. Harry Potter tidak sangka bahawa beliau akan menerima surat daripada sesiapa. Apatah lagi, Pakciknya (Suami Petunia) yang bernama Vernon Dursley. Tidak sempat Harry Potter membuka sendiri surat tersebut, Vernon Dursley sudah membukanya.
Harry Potter dan keluarga Makciknya terkejut apabila mendapati bahawa surat itu datangnya dari Sekolah ahli sihir Hogwarts. Surat itu adalah surat tawaran masuk ke sekolah ahli sihir tersebut. Tiba-tiba, makcik dan pakciknya marah dan tidak bersetuju sama sekali Harry Potter masuk ke sekolah tersebut.
Disebabkan surat itu tidak sampai ke tangan Harry Potter seperti yang sepatutnya, malah Harry Potter pun tidak tahu isi kandungan surat itu, setiap hari surat yang sama sampai ke rumah tersebut. Semakin hari, semakin banyak burung hantu menghantar surat tersebut. Tidak masuk dari mana pun surat itu termasuklah dari cerombong asap rumah.
Vernon Dursley hampir gila dengan keadaan itu di mana surat tidak pernah berhenti untuk mengganggu mereka. Oleh itu, Vernon Dursley mengambil keputusan untuk berpindah rumah agar tiada lagi surat yang sama mengganggu.
Mereka berpindah ke sebuah tempat yang terpencil dan sunyi.
Pada tarikh lahirnya, 31 July tepat 12 tengah malam, tiba-tiba pintu rumah mereka di buka oleh seseorang yang berbadan besar dan tinggi bernama Rubeus Hagrid. Harry Potter, Dudley, Petunia dan Vernon sangat terkejut kerana bunyi hempasan pintu itu sangat kuat. Rupa-rupanya, Hagrid datang untuk memberikan surat dari sekolah ahli sihir secara berdepan sekaligus memberikan kek hari lahir untuk Harry Potter. Selain itu, Hagrid datang untuk menjemput Harry Potter untuk mendaftar ke sekolah Hogwarts.
Hal ini membuatkan Vernon bertambah-tambah marah dan beliau tidak mungkin akan membiayai kos persekolah Harry Potter di sana. Hagrid menjelaskan kepada Harry Potter bahawa dia tidak perlu risau kerana ibu bapanya sudah meninggalkan wang yang banyak untuk Harry Potter sebelum kematian mereka di bank ahli sihir bernama Gringotts.
Di Diagon Alley, Harry Potter membeli barang sekolahnya seperti tongkat sakti,burung hantu,penyapu dan sebagainya. Kemudian, Harry Potter terus ke sekolah Hogwarts dengan menaiki kereta api.
Di dalam kereta api, Harry Potter berkenalan dengan Ron Weasley dan Hermione Gringer. Di sinilah bermulanya pengembaraan Harry Potter dan dua orang sahabat baiknya itu. Di Hogwarts, pelajar baru akan di bahagikan kepada empat buah rumah iaitu Gryffindor, Hufflepuff, Ravenclaw dan Slytherin.
Harry Potter adalah seorang kanak-kanak yang terkenal dalam dunia magik kerana dia adalah satu-satunya yang hidup selepas disumpah dengan mentera "Avada Kadavra". Ahli sihir jahat yang menyumpah Harry Potter itu adalah Voldermort. Voldermort adalah ketua sihir jahat paling ditakuti.Selepas Voldermort menyumpah Harry Potter dengan mentera "Avada Kadavra", beliau menghilangkan diri. Namun, terdapat ramalan bahawa Voldermort akan kembali.
OPS!

Tentang Saya

Sofinah Lamudin
Saya bukan seorang Ahli Sihir.Sudah tentu saya cuma seorang Muggle sahaja.Lahir pada 16 September 1990 di Wilayah Persekutuan Labuan.Kini saya berumur 26 tahun.Berkahwin dengan lelaki Muggle bernama Mohd Nasyit,seorang Forex Trader sepenuh masa.Saya bekerja 24 jam dari rumah bersama suami sebagai Freelance Seni,Blogger,Forex Trader dan Usahawan Online.Walaupun minat yang mendalam dengan dunia Harry Potter dan Magik,rezeki untuk sambung belajar ke Hogwarts,London tidak kesampaian.Takut mati dengan sumpahan 'Adava Kadavra' kat sana.Jadi, sejuta penghargaan buat J.K.Rowling kerana memberi saya peluang untuk mengetahui selok-belok,cerita,kehidupan dan berita ahli sihir di Hogwarts,London serta seterusnya di New York melalui kisah Newton Scamander.Di mana beliau adalah penulis salah sebuah buku teks Harry Potter dan rakan-rakan di Hogwarts yang bertajuk "Fantastic Beasts and Where to Find Them". Kepada pengunjung blog saya, semestinya anda peminat Harry Potter dan dunia magik juga! Terima kasih kerana sudi membaca dan singgah. Salam perkenalan antara kita,MUGGLE-MUGGLE MALAYSIA! Semoga kita terus boleh mengetahui kisah dunia magik tanpa ada perintah 'Obliviate' daripada Kementerian Sihir.

Catatan Popular
Labels Cloud
Labels List Numbered
